Category: Fesyen

Istiqamah = Konsisten

Assalamualaikum semua,

Semalam saya ada membaca satu buku berkenaan dengan “procrastination” atau diterjemahkan suka melengah-lengahkan suatu yang penting..Ala, esok kan boleh buat….Minggu depan ada lagi…dan alasan berterusan sehingga tiba masa tersebut kita mula gelabah, panik dan pelbagai perasaan lain lagi. Hmmm, thats me :(

Selepas buat test diakhir buku tersebut, didapati cik aminah ialah cronic procrastinator …haiyyooo !!

I want to be producer not procrastinator. Jadi saya nak cuba perlahan-lahan ubah perangai saya yang selama ini menyebabkan saya terperangkap dalam dunia sy sendiri. Sy yakin ini adalah satu penyebab yang kuat kenapa saya masih tidak berjaya sehingga saat ini. Tidak berjaya mengikut definasi saya, terpulang anda untuk mendefinasikan sendiri. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, namun saya yakin jika saya buat lebih baik sy akan dapat hasil lebih baik.

Jika saya lakukan perubahan ini secara sedikit-sedikit tetapi istiqamah, InsyaAllah perubahan yang ketara akan berlaku.

Tidak guna melakukan perubahan drastik untuk tempoh 2 minggu sahaja kan?? –> ini sangatlah saya.

Contoh sikap yang sangat saya nak buang ialah

1) Window shopping – saya sangat suka hal ini tetapi saya sedar ia sangatlah membuang masa, tenaga dan juga duit.

2) Last minute type – ohhh, ini lagi satu. Sangat menunjukkan who am I. Saya selalu fikir, kalo buat last minute akan menyebabkan otak lebih bekerja keras untuk siapkan sesuatu. Jadi kerja yang perlukan seminggu boleh siapkan dalam masa satu malam. Tak payah kagum pun sebab hasilnya tentu tak sama dengan penyediaan bersungguh-sungguh selama seminggu kan?

3) Internet – this is my biggest distraction. Im not into facebook anymore but I spend a lot reading blogs. Ya, i know in other view its really good because it increase knowledge and so on. Tapi kalau dah sampai berjam-jam on that, i dont think its a healthy habit.

4) Pentingkan orang lain – Tak pasti nak tulis poin ni ape. Haha. Actually, im kinda pentingkan hal orang lain berbanding hal sendiri. Sibuk nak tolong orang, kerja sendiri entah ke mana. Tolong orang itu baik tapi jangan sampai tak tahu meletakkan prioriti.

5) Set unrealistic goal –> konon the secret la kan…tp tak konsisten that it will end up got nothing :P

Ok, finally I want to state that i want to change. Thats it. I know its not easy but i still want to give a try. Fail to try is much more better than not fail to try.

Start now, don’t wait until tomorrow what you can do today my dear :)

MISSION START !

  • Share/Bookmark

Seorang Pelajar PHD

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semoga sihat dalam menjalani kehidupan seharian. Saya juga alhamdulillah sihat cuma sejak akhir-akhir ini sangat malas untuk membaca (berkaitan studi sy ye., baca blog mmg rajin..hehe). Blog ini juga setelah sekian lamanya tidak dijengok apatah lagi diupdate hari ni baru terbuka hati nak menulis sesuatu semula. Ya, saya perlu menulis disini agar menjadi kenangan terindah untuk saya kenang apabila sy sudah berjaya mengharungi saat-saat getir sebagai seorang pelajar phd.

Cabaran utama saya sebagai seorang pelajar phd ialah nak cari mood untuk studi + research :)

Memang bagi sy ini cabaran yang sangat besar. Dengan kawan2 sudah bekerja pasti punya topik yang sangat berbeza untuk dibincangkan apabila bertemu. Dengan keadaan saya tinggal di Kolej, memang rasa macam belum berusia 27 tahun. Mungkin saya dah bosan kot dengan kehidupan di asrama. Sejak tingkatan 1, matrik, degree, master dan kini phd saya masih juga tinggal di kolej. Pada awalnya saya memang tidak berhasrat langsung untuk tinggal di kolej namun pada awal dulu saya tidak dapat mencari rumah sewa yang bersesuaian jadi saya terima je la hakikat untuk tinggal di kolej. Sedar tak sedar sudah 3 semester saya disini. Cepat sungguh masa berlalu kan??

Tak sangka saya yang dulunya suka tidur dalam kelas, ponteng kelas waktu degree dan macam2 lagi kemalasan saya tapi kini dah pun berada di semester 3 untuk peringkat PHD. Memang tak sangka. Saya kena hargai detik2 akhir bergelar seorang pelajar. Inilah perkara yang paling indah untuk kita ceritakan kepada anak cucu akan datang supaya mereka lebih bersemangat untuk terus mengejar ilmu.

” Tengok nenek tu walaupun dia selalu tidur dalam kelas waktu subjek fizik dan add math tapi smpi phd jugak dia kan..” – kata cucu.

Cucu2,

Sila jangan contohi nenek part yang tidur dalam kelas tu tau :P

Seorang kawan saya cakap, at least kita buat sesuatu untuk research kita walaupun sedikit tetapi dilakukan setiap hari. Jadi momentum kita takdelah jatuh merudum dum dum sehingga nak start semula macam gila liat. Sehingga sampai satu tahap saya rasa ngeri gile nak jumpa supervisor sebab tak de progress apa walaupun dah xjumpa dia 2 bulan. Woohhooo, supervisor saya xdelah marah, cuma sy rasa malu gila jadi student dia yang paling malas…Lagi satu cabaran bagi saya ialah inilah masanya kita nak uruskan 100% perancangan kita. Maksud saya, segala perancangan kajian kita yang perlu bertanggungjawab. Kalau kita malas nak buat, xde sape pun nak marah. Kalau rasa nak spend your whole life buat phd go on…Maksudnya disini kita tanggung la sndri kemalasan diri tu.

Waktu dulu, kalo tak siap assignment dapat markah sikit pastu akan effect pada pointer. Ada exam bagai so ada la motivation sket nak kena studi on this on that. Dan sume ada time line yang kalo buat derk mmg mengharapkan repeat paper. Mau?? Skrg pun ada timeline jugak, tapi sendiri pantau, sendiri buat, sendiri report …Pastu bila malas buat2 adjust timeline jadi lambat sket. Hmmm…So phd is about manage your time wisely. Its not about getting your scroll but what you get along this journey.

Pada saya perkara yang paling buat saya stress ialah sebab saya malas belajar. Hahaaha…

Jadi macam mana nak kekalkan semangat untuk belajar, semangat terhadap research…?

1) Tetapkan matlamat yang jelas kenapa pentingnya anda menghabiskan kajian ini dengan jayanya..

2) Tak payah nak bandingkan sangat diri kita dengan orang lain. Tengok orang hebat studi kat libary 8am-5pm, pastu sambung stay up sampai kul 3am. Memang serius kagum. Tapi keupayaan diri masing-masing berbeza. Tak payah nak tmbh bebanan pada diri yang dah cukup banyak. Just be yourself.

3) Banyak2 berdoa moga Allah tenangkan hati dan jauhkan dari keserabutan agar dapat fokus setiap kerja yang dibuat. Banyakkan solat sunat dan baca Al-quran agar hati lebih bersih.

4) Jaga pemakanan yang seimbang. Jangan asyik ber”fastfood” je…

5) Kalau orang lain dah bergerak jauh gila dari segenap aspek kehidupan dia, jangan la kesal. Itu rezeki masing-masing. Tak perlu terlalu compare kita dengan orang yang dah sangat berjaya. We have our own life. Allah plan the BEST for us. Latar belakang setiap kita berbeza dan takdelah pelik sangat jika outputnya pun berbeza. Kadang-kala kita jadi stress bila tengok orang dah berjaya dengan kehidupannya sedangkan kita masih tahap bertatih dalam membina kehidupan yang baik. Kita jadi stress dan mulalh fikir kenapa nasib kita tak sebaik orang itu. STOP thinking like that. We are different people with different path. Just go with the flow.

Ok, sekarang saya perlu fokus pada apa yang saya telah rancang untuk 2012 ni. No turning back :)

  • Share/Bookmark

Tahun Permulaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga terus ceria, gembira dan bahagia melalui setiap detik kehidupan. Saya agak sibuk bagi semester ini kerana jadual kelas yang agak padat, dan yang pasti bebanan kerja juga bertambah. Namun untuk berjaya dan mencari ilmu, pasti inilah harga yang perlu saya bayar kan?? Namun alhamdulilah setakat ini saya mampu menjalaninya dengan penuh semangat.

Gembira sebelum berjaya. Ya, saya pernah menulis berkenaan hal ini pada tahun lepas iaitu kita perlu sentiasa gembira dan menikmati setiap detik perjalanan kita menuju kejayaan dengan rasa yang gembira bukanlah stress, moody dan marah. Apabila hati gembira, setiap langkah kerja yang diatur menjadi lebih lancar, hubungan dengan orang disekitar juga bertambah baik dan seterusnya memudahkan setiap kerja yang ingin dilakukan.

Saya yakin tahun 2011 adalah tahun kejayaan saya, keluarga dan juga orang tersayang. Dan saya yakin ia tahun kejayaan anda juga jika anda percaya ia tahun kejayaan anda. Anda perlu yakin dengan bersungguh-sungguh dan membayangkan kejayaan yang akan anda raih pada tahun ini, insyaAllah ia akan menjadi kenyataan. Namun, sebagai hambanya yang penuh kekurangan dan kelemahan, banyakkan berdoa, memohon pertolongan dan memperbanyakkan sedekah agar kehidupan kita memperoleh kesejahteraan bukan setakat di dunia malahan hingga akhirat yang kekal abadi.

Bermula tahun lepas, saya sering berkata kepada orang-orang sekeliling saya bahawa saya yakin tahun 2011 adalah tahun permulaan kepada kejayaan saya baik dalam bidang pelajaran mahupun perniagaan. Sehinggakan ada yang dah naik bosan mendengarkan. Saya mohon maaf sebab terlampau excited sehingga tercakap berkali-kali. Haha. Sebenarnya, saya cuba mengaplikasikan “law of attraction”. Jadi saya perlu sentiasa bercakap berkenaan hal ini supaya akan wujud keyakinan yang mantap bahawa 2011 adalah tahun permulaan kejayaan saya. Jika dapat membayangkan secara lebih jelas setiap details kejayaan yang akan kita raih, maka ia adalah proses penarikan yang lebih kuat. Minda bawah sedar akan berusaha keras merealisasikan setiap kejayaan yang dibayangkan kerana keseluruhan diri yakin bahawa ia mampu dicapai.

Wah, macam penerangan dalam buku teks pula. Haha. Sebenarnya saya juga tidak pasti bagaimana hebatnya minda bawah sedar berperanan namun saya yakin setiap usaha yang dilakukan tanpa jemu dengan doa yang berpanjangan akan dimakbulkan oleh Allah. Sama ada lambat atau cepat. Dan yakin semuanya telah dirancang baik oleh Allah SWT, pasti ada hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita.

Januari ini iaitu bulan pertama di tahun 2011, saya rasakan perasaan yakin berjaya sy semakin kuat. Haha. Walaupun dipenuhi dengan pelbagai cabaran, namun saya dapat rasanya Allah mempermudahkan begitu banyak urusan kehidupan saya. Alhamdulilah. Walaupun perlu memantau dan memberi sokongan pada perniagaan ibu, namun saya masih tidak mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. Mungkin orang berkata saya asyik pulang ke rumah kerana “homesick”, owhh please la, saya sendiri sejak bergelar mahasiswa sangat la busy dengan pelbagai aktiviti sehingga selalu tidak berkesempatan untuk pulang ke rumah. Sehinggakan ibu saya kata macam anaknya belajar di luar negara sehinggakan susah sangat ingin pulang bercuti. Alhamdulilah, kini saya diberi kesempatan masa dan tenaga untuk berbakti kepada ibu tersayang. Saya yakin perniagaan ibu juga akan berkembang maju dengan setiap usaha yang diberikan, saya yakin Allah akan bantu kami.

Perniagaan gaharu saya juga berjalan lancar walaupun masih begitu banyak usaha yang perlu dicurahkan.Saya tetap gembira dengan setiap langkah telah saya atur. Ya, semuanya perlukan kesabaran. Ya, semuanya kerana sokongan orang-orang sekeliling. Saya bangga ada orang-orang hebat disekeling sy. Kerana anda hebat, saya juga menjadi semakin HEBAT. Jika lebih ramai yang menganggap saya ni dengan pelbagai andaian yang tidak-tidak ( tidak harus dipaparkan disini agar tidak mencemar semangat diri), ya teruskan. Tapi nasihat saya, lebih baik jangan membuang tenaga tersebut yang sepatutnya kita peruntukkan untuk kejayaan diri sendiri.

Semoga tahun ini permulaan kejayaan bagi kejayaan yang lebih besar lagi !!

Ikhlas,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

6 Quick Steps to Increase Your Energy & Change Your Life

Hi,

Just find this great article from e-how.com, really feel that I must change to have a better life. Lets enjoy our life to fullest !!

——————————————————————–ENJOY———————————————————————————

Energy is highly valued in our society. It is essential to our well-being and lives. People buy energy drinks, energy pills, and even drink 3 cups of coffee before work in order to have more energy. It’s sought after because not only is energy associated with vitality and youth, but we need energy to reach our goals! One-pointedness and tunnel-vision are often associated with people who have accomplished great feats in life. If you want to accomplish your goals fast, you want as much energy as possible directed towards them. So as important as energy is to humans, why are most humans so quick to use up their energy on silly things?? Most voice a desire to have more energy, but at the same time are quick to scatter their energy around and throw it away.

The following tips are designed to help you eliminate small things in your life that zap your energy, so you can have the energy you need to reach your goals, enjoy more vitality and youthfulness, and actually have the energy to enjoy every moment of your life.
Difficulty: Moderate

Stop judging others.
When you judge someone your energy is being tied up and used in negativity and in having negative thoughts, instead of being used in creating, increasing money, or improving the quality of your life. So you’re the one who ends up reaping the negative effects rather than the person you are judging. Whatever you focus on grows, so when you focus on the negative, that’s what will increase in your life. To help you quit judging, remember that this is YOUR life and YOU are creating it. If you don’t like something, why are you bringing it into your personal life by focusing on it and giving it your attention? When you’re having thoughts about it, you’re now giving it a place to live in your head. You just made it part of your life. If something doesn’t resonate with you, just choose to not be interested in it and save your energy for the things that DO resonate with you.

Stop worrying about what others think about you.
What other people think about you is really none of your business. Because it’s never really about you. Other people’s opinions about you are largely based on THEIR beliefs, issues, experiences, and emotions. It has little to do with you to begin with, so expending your energy worrying about what others think or trying to prove yourself to others is silly. Other people’s thoughts about you only carry as much power as you give them. If you don’t give them power, they have no effect on you. So stop using your energy to empower the negative thoughts of others. In truth, this is YOUR life for YOU to enjoy, so save your energy for enjoying life instead.

Give up your worry habit.
A ridiculous amount of energy is wasted on worrying. Worrying never helps anyone. On top of tying up your energy so you can’t quickly direct your it towards finding a solution or formulating a plan of action, your energy is actually being used to energize the negative and help THAT grow. As Dr. Michael Beckwith says, “Anxiety is just you projecting your fears into the future, and worrying is emotionally rehearsing the VERY THING you DON’T want to see happen.” So now you’re emotionally living it multiple times, though it might never even happen. Kind of crazy, right? So drop the worry habit. Remind yourself that you are actually harming yourself when you worry because you are putting energy behind what you don’t want to see happen. Same goes for worrying about others. When you worry about them you are visualizing them as lacking. When someone tells me they’re worried about me, I’m the first to say, “Please don’t! Don’t do me that disservice! Put that energy into thinking about me being happy, successful and knowing what to do instead!” Don’t do yourself or your loved ones the disservice of worrying about them, and conserve your energy in the process.

Let go of the past.
People spend so much energy on re-living the past in their heads. That same energy could be used to come up with the next great invention, create an artistic masterpiece, or come up with the way to bring world peace. Imagine what brilliant ideas you could come up with and create, if you saved all the energy you spend on re-playing your past, regretting your past, worrying about your past, and instead aimed it all toward your next great plan? Now, don’t go back and regret the fact you could have been a millionaire by now! The key is to realize that the most important moment is NOW. Who cares about what you did in your past?? It’s done. You can’t time travel to change it. Instead change your present, which you DO still have the time and power to change. Harness the amount of energy you usually spend re-living things that have already happened, and you will have a lot more energy to fuel your current projects.

Let go of anger and grudges.
It takes a lot of energy to be angry, and to hold a grudge and not forgive. While the person may not even remember you or even care that you are mad at them, and is therefore unaffected by your anger, you’re the one that is being affected. It takes energy to get all red and raise your voice. It takes energy to remember you are mad, to permanently hold that emotion stored somewhere in your mind so that you can re-experience the anger at any given time- precious energy that can be going towards other things. So forgive and take back your energy. Forgiving doesn’t mean that you now have to hang out with the person. It just means you are letting go of the anger and setting yourself free. You are making a choice to no longer be tied to that person and to take back your energy and the power they currently have over you. When you are angry at someone, they are holding power over your emotions and physical health (anger can kill you- high blood pressure and strokes). That is way too much power to give to someone you don’t like. So forgive, and take back your power and energy.

Stop arguing your point of view to anyone who appears.
How much energy do you waste on silly arguments? Always remember that wisdom is very relative. You may currently believe what you are arguing is right, but remember that two years from now you might think just the opposite. There are things you are sure you won’t change your mind about, but think back to other things you’ve had strong convictions about when younger… If you are honest, there are things you felt strongly about and have now changed your mind about them. That’s part of growing up. Something to keep in mind when deciding how much energy to expend on random arguments where you are trying to impose your viewpoint. And by the way, trying to impose your point of view on others is a sign that your ego is running your life. It’s a sign of maturity to realize that generally more than one point of view is right, and that as you grow up your point of view is sure to change and expand. So choose your battles very wisely. It is said that you never really win an argument because even if you win, the other person is now upset they lost. Even though you proved your point, the other person is now angry with you, so what did you really win? A popular strategy is to stop before, or in the middle of an argument, and ask yourself, “Would I rather be right or happy?” If your answer is happy, then stop. Whether the other person believes the sky is blue or not is really not going to affect your life. However, the energy you just spent trying to prove them wrong could have gone to more worthwhile pursuits.

  • Share/Bookmark

Penentu :)

Assalamualaikum buat semua,

Pagi tadi saya ada final paper untuk statistik. Owhh…sungguh tidak boleh buat. Soalan agak susah bagi saya. Tapi kenapa baru sejam si “kembar” dah keluar hantar paper ek?? Adakah tahap pengetahuan statistikku sangat teruk..Huahaa…Tapi itulah kenyataannya. Bukan sy tidak berusaha, tp mungkin tak de rezeki utk jawab dengan baik. Apa yang dibaca susah sangat nak diterjemah keluar. Like I always said ” statistic is not my things” (ayat nak cover line sebab tak boleh jawab soalan). Kalo Prof baca nih, habislah sy..(cabut lari ~~).

Next week, ada satu lagi paper. Sy harap boleh cover perasaan bersalah terhadap paper statistik :)

Inilah saat2 penentu bagi semester 1 saya. Semoga berjaya. InsyaAllah, dengan doa orang-orang sekeliling sy, sy akan berjaya. Syukur Ya Allah, kerana selalu menganugerahkan insan2 yang sangat BEST dalam hidup saya. :* utk semua !!

Ok, sy mahu pergi jalan. Siapa nak ikut, sila angkat tangan…..

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

~ Lagu ~

Sambil study sambil dengar lagu. Tiba-tiba terjumpa lagu ni, agak sesuai dengan mood hari ni..So jom layan ..pssttt, saya agak rajin hari ini. Harap berterusan sampai esok tambahan esok ada discussion :P

Lagu : Rindu Setengah Mati oleh D’massive

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

Reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

END

Sedang asyik study sambil dengar lagu ini berulang-ulang kali, tiba-tiba ;

A : Apsal lak jiwang2 hari ni?

Sy : Eh jiwang ke, mana ada..romantik je la :P

A : ish..poyo je budak ni

Sy : memang selalu begitu

A : Rindu kt sape ni ??

Sy : ada la..kat hang kot ( sambil menjelir lidah)

A : mengada …….(blah sebab malas nak layan)

Sy : Hahaa……………..

p/s : mood agak tak brp ok hr ni, bkn mood malas studi atau mood nak marah orang..tp mood “RINDU”..poyo sekali lagi :P

p/s/s : hobi saya dengar lagu yang sama berkali2 sampai BOSAN..hehe

Yang Merindu,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

M.O.O.D.Y on 20102010


“Each morning when I open my eyes I say to myself: I, not events, have the power to make me happy or unhappy today. I can choose which it shall be. Yesterday is dead, tomorrow hasn’t arrived yet. I have just one day, today, and I’m going to be happy in it.”

So please be happy !!

Wake up and be happy, don’t let your day end up with tears and unhappiness.

Cik Min,

Jangan sedih-sedih. Perlu bersemangat waja.

  • Share/Bookmark

101010

Assalamualaikum buat semua,

Tarikh yang cantik namun mood saya pulak sangat teruk hari ini. Rasa nak mengamuk tak tentu pasal. Semuanya tak kena :(

Mungkin semalam tersangat gembira untuk REUNION RHBD di KLCC. Jadi hari ini, mood sangatlah teruk. Maaf ye kepada sesiapa yang menjadi mangsa. Saya tidak bermaksud untuk menyakitkan dan mengguris hati sesiapa.

Semalam bersamaan 091010 merupakan hari reunion buat batch rhbd 1997-2002 (SERATA). Sebenarnya perjanjian untuk berjumpa ni telah dirancang pada tahun 1999 iaitu ketika saya masih di tingkatan 3. Namun kalau diikutkan perjanjian asal, reunion ini akan diadakan pada 20102010 (cantik tak tarikh ni..), tapi memandangkan hari tersebut hari rabu maka kebanyakkan kawan2 yang bekerja tidak boleh menghadirinya. Saya lainlah, agak fleksibel :)

Daripada 12 orang, 9 orang berjaya hadir. Sangat-sangat ok lah kan?

Semua muka berseri-seri dan gembira. Maklumlah ada yang sudah 10 tahun tak jumpa. Banyak kenangan-kenangan lama terimbas kembali. Wah, cepat sungguh masa berlalu kan? Semua sudah bekerja dan 2 orang sudah berkahwin. Saya pula masih belajar :)

Terima kasih yang tidak terhingga buat kawan-kawan yang sudi menghadirkan diri semalam walaupun tarikh asal telah berubah. Kepada Akmal Zaili, Faridah, Suhailah, Puteri Shahrul Hanis, Nurul Asmeeda, Nur Ain, Hajarul Aswani dan Safarina, thanks a lot guys. Kepada sahabat yang tidak dapat hadir Nurul Nazifah, Faizah dan Teh Aminah, harap dapat berjumpa lagi di lain masa.

Semoga persahabatan yang terbina akan berkekalan hingga ke akhirnya.

Buat roomate saya Hashimah Ismail, Tahniah atas kejayaan bergraduasi pada hari ini. Semoga terus berjaya dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar master pula. Congratulations !!

Ikhlas,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

Hargai Apa Yang Anda Miliki

Assalamualaikum dan selamat malam,

Anda akan belajar untuk mensyukuri apabila anda menghargai setiap yang anda miliki, walaupun ia tidak sempurna dan masih banyak kelemahan. Tetapi itulah kurniaan Yang Maha Esa.

Terlalu banyak merungut adalah tanda kita kurang bersyukur. Kadang-kadang Allah lambat memperkenankan doa kita supaya kita akan lebih menghargai apa yang akan kita miliki. Kejayaan juga jika terlalu mudah untuk dicapai akan menjadikan kita tidak menghargai.

Saya terlalu menghargai setiap detik kehidupan saya sekarang. Walaupun ia tidak sempurna pada mata yang memandang namun bagi saya inilah kurniaan Allah buat saya. Saya gembira dengan kehidupan yang saya lalui sekarang, walaupun ada onak duri yang perlu dihadapi namun itulah bahagian saya. Semoga Allah terus menganugerahkan perasaan ini dalam hati saya. Ketenangan dan kegembiraan.

If you look at what you do not have in life, you dont have anything
If you look at what you have, you have everything

Ikhlas,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

Lovely Saturday

Cannot describe my feeling today. I just feel very calm and happy. Thanks God give me this feeling :)

  • Share/Bookmark