Category: Kehidupanku

Tomorrow Is A New Day

Forget everythings that happen today.

Tomorrow is always a new day. New spirit. New determination. New Me :)

Hari ni lepas waktu ofis, terus ke Mines. Pergi cari anti-virus sebab risaukan kesihatan laptop kesayangan ni. Ohh, motif utama ialah release tension kononnya. Hari ni fikiran agak serabut sket, eh bukan sikit banyak jugaklah..Saya tak suka perasaan macam ni sebab buat keje tak efektif. So kena recover dengan cepat dan bersemangat semula.So jalan sampai penat gile dan kaki sakit. Kesian roomate kesayangan terpaksa ikut sy. Btw, terima kasih sebab temankan saya. Rasa lebih OK sekarang. Esok banyak lagi keje yang menanti :)

Kan sy kata, saya manusia biasa. Mesti ada up and down. Kadang-kadang sesuatu yang tak pernah kita sangkakan berlaku dalam hidup kita. Kita berharap perjalanan hidup kita sentiasa berjalan lancar, tapi Allah Maha Mengetahui dia telah sediakan satu jalan yang sesuai untuk kita. Mungkin ada selok belok di sana sini, tapi tanpa kita tahu itu adalah satu pelajaran baru untuk kita. Ya, satu pelajaran yang tidak boleh dipelajari di Universiti atau sekolah.

Ohh, sambung tentang cerita ke Mines hari ni. Tadi tak de mood sangat nak beli barang, tengok2 je entahlah macam tak de yang berkenan di hati. Tak berkenan ke xde budget?? Haha…Tapi sebelum balik, singgah satu kedai ni, hati terpikat pada satu cap pink yang sangat comel…Sangat pengubat hati untuk hari ni. Rasa best sangat dapat beli cap tadi. Lega !!

Kenapa sy tak boleh login ke akaun blogger. Saya pun tak tahu apa masalahnya. Dah beberapa hari nak login tapi tak boleh. masalah security ape ntah. Adusss,

Ok lah, saya tak tahu nak tulis apa dah. Actually memang tak de topik menarik pun nak ditulis. Sekadar meluahkan perasaan. Haha.

Ikhlas,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

Tolong Ingatkan Aku

Kadang-kala apa yang kita rasa betul, tak semestinya betul pada pandangan orang lain.

Kadang-kala tindakan yang kita rasa betul, menyakitkan hati orang lain.

Saya akui saya juga manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Saya mohon maaf andai ada tindakan saya yang tak wajar saya lakukan sehingga menyebabkan ada insan lain yang sakit hati atau berkecil hati.

Dari setiap tindakan pasti ada sebab disebaliknya. Kita tak lakukan sesuatu tanpa apa-apa sebab. Pasti ada sebab musabab di sebalik setiap tindakan kita. Namun tidak semua orang tahu apakah yang berlaku disebalik tindakan tersebut. Ayat yang memeningkan kepala saya sendiri. Haha.

Saya tak pernah menyalahkan orang lain kerana salah faham dengan tindakan saya. Sebab baginya mungkin tindakan saya salah, tapi saya sendiri tidak menyedari dari sudut manakah tindakan saya itu salah. Namun, saya terima segala teguran dengan hati yang terbuka. Semoga pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang saya lakukan. Saya perlu belajar dari kesilapan yang telah saya lakukan. Saya mohon maaf ye.

Kalau boleh saya nak gembirakan hati semua orang, tapi saya tak mampu buat macam tu. Saya bukan orang yang sempurna, percakapan harian pun sering menyakitkan hati orang. Maafkan saya. Mungkin saya perlu jadi orang yang lebih pendiam…Cakap apa yang perlu.. Ohhh…boleh tak saya begitu ya??

Saya pun tidak ingin menulis panjang. Entahlah, rasa lebih lega menulis disini walaupun sedikit.. Lagi setengah jam saya ada presentation. Harap2 boleh present dengan baik…Please be cool right now !!

Kalau saya bersalah kepada sesiapa pun, saya mohon maaf. Kalau saya tersasar dan tersilap, tolong ingatkan saya.

Ikhlas,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

Bila Otak Beku

Salam ceria buat semua,

Nampaknya, tahun ini saya semakin malas untuk menulis di sini. Mungkin sibuk berangkali membuatkan diri membataskan kepada perkara-perkara yang penting sahaja. Iye ke ni? Macam tak percaya kan saya begitu. Rajin la kononnya. Haha. ( Sebenarnya nak cover line konon busy sangat sampai tak sempat nak posting something~~)

Minggu lepas ketika cuti tahun baru cina, saya ke Dabong, kelantan dan juga Pasir Raja, Terengganu bagi sesi lawatan tapak kajian saya. First time sampai ke Terengganu, owh..nasib baik tak buat muka jakun gila. Btw, next time kena datang lagi ke Terengganu sebab tak sempat untuk jalan-jalan hari tu kerana masa yang agak pack. Hanya sempat round2 sekejap je.

Aduh, nak tulis posting yang sikit ni pun ha berkurun nak siapkan. Satu ayat, satu ayat..serius sangat tak de idea..Cuba bayangkan nak membaca dan menulis literature review yang punya la serius bagai topik. Muka harus serius sambil konon-konon fokus membaca sedangkan fikiran melayang entah ke mana…Haha..Sy dapat rasanya agak stress untuk semester ni, cuba nak jadi cool tapi tak jadi..Huh!!

Bulan Feb ni banyak betul program, rasa kalo boleh buat jurus pembahagi bayang naruto dah lama buat..

Ohh..tiba-tiba teringat zaman di USM dulu saya sangat gila anime okeh. Tapi sekarang, insaf barangkali no more anime. Lagipun dah dewasa sekarang, harus lebih matang..Kononnya la :)

Semalam saya ke UIA untuk program Research Invention & Innovation. Saya tidak terlibat namun hadir bagi menyertai syarikat Kayu Gaharu Sdn Bhd yang terlibat dalam pameran disitu. Sambil itu, saya mengambil peluang untuk meninjau-ninjau pameran lain juga termasuk ke bahagian pertandingan kajian penyelidikan UIA. Sedang saya bergerak dari satu poster ke satu poster, sy ternmpk seseorang yang agak familiar, but seriously i forgot her name already. Sy cuma recall balik namun gagal. Saya cuba call kawan sy untuk tanya nama kawan saya tu, namun tidak dapat dihubungi. Tak boleh jadi ni, sy kena juga jumpa nak tanya dia walaupun waktu tu saya lihat dia sedang sibuk berbicara dengan beberapa orang lain. Mungkin berkenaan kajian yang dijalankan.

Segera saya ke arah beliau. Agak cuak juga takut salah orang. Saya pun tegur dan dia memang tidak ingat saya langsung. Saya tanya namanya, dah SAH dia memang kawan yang dimaksudkan. Kami satu praktikal di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis pada tahun 2006. Mungkin saya sekarang sungguh gemuk sehingga kawan saya pun tidak cam ..aduh, sedih !! Actually, kami kenal pun cuma untuk masa sebulan tapi sangat close.

Aik, dh terpanjang pulak entri kali ini. Bila otak beku, sila tulis panjang-panjang :P
Ikhlas,
Aminah Saad
  • Share/Bookmark

Hutan Simpan Lentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah agak lama tidak menulis sesuatu di sini. Saya baru pulang dari trip ke Hutan Simpan Lentang, Bentong bagi membantu proses mengumpul data pelajar master dan degree. Walaupun projek ini tiada kaitan langsung dengan projek yang saya akan buat, namun saya rasa sangat gembira dapat menyertai kumpulan ini. Ia satu pengalaman yang sungguh menarik dan tidak mungkin dilupakan :)

Sy tidak berniat untuk menulis panjang pada entri kali ini, cuma ingin merakamkan jutaan terima kasih buat Team Renjer Bentong yang banyak membantu sepanjang proses mengambil data ini. You all sangat best !!

Sebahagian team yang terlibat :)
Gambar pokok-pokok di Hutan Simpan Lentang
Sekadar sedikit perkongsian gambar. Jumpa lagi :)
Ikhlas,
Aminah Saad
  • Share/Bookmark

Kesakitan Penghapus Dosa

Assalamualaikum wbt,

Hari ini sudah masuk hari kesepuluh di tahun 2011, bagaimanakah pencapaian untuk permulaan tahun 2011 ini? Jangan gusar jika permulaan tahun baru ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Harungi segalanya dengan penuh semangat dan keyakinan bahawa hari yang akan datang pasti membawa lebih kebahagiaan dan kejayaan.

Saya juga begitu. Kejap sihat, dan kejap kurang sihat. Mood juga turun naik. Biasalah tu kan, kita manusia biasa pasti tidak dapat lari daripada pelbagai emosi yang dianugerahkan oleh Allah. Namun, cara mengatasi dan mengawal emosi yang perlu dipelajari dan dipraktikkan. Part ini memang saya akui saya sangat lemah, mudah membuat keputusan yang tidak-tidak apabila emosi tidak terkawal.

Kenapa Allah anugerahkan kita sakit dan pelbagai lagi dugaan??

Jika hidup kita sentiasa indah seperti cahaya sang mentari, mungkin kita tidak mampu lagi untuk mensyukuri segala pemberiaanNya kepada kita. Kita sudah ada segalanya sehingga kita terlupa pada satu keadaan yang bernama “kemiskinan” “kelaparan” “kegagalan” dan juga “kesakitan”. Manusia akan menjadi bongkak apabila tidak diuji. Jadi bersyukurlah apabila diuji kerana Allah sayangkan kita, dia tidak mahu kita tersasar jauh dari landasan kehidupan yang matlamatnya akhirat nanti.

Sakit itu memang hanya akan sakit jika kita tidak mengambil ikhtibar atas kurniaan kesakitan itu. Jika kita fikirkan secara positif dan yakin sakit yang datang sebagai cara Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil kita maka kita akan lebih bersyukur. Indahnya disebalik kesakitan.

Hari ini seawal pagi saya sudah tidak larat dan tidak bersemangat untuk ke fakulti. Seluruh badan rasa sakit-sakit, dan rasa seram sejuk. Tekak sudah terasa perit kerana batuk. Owhh…inilah ujian Allah untuk saya. Moga-moga ia sebagai tanda Allah ingin menghapuskan dosa-dosa kecil saya. InsyaAllah. Selepas ke klinik, saya terus menuju ke McD untuk membeli bubur ayam kerana tekak terasa tidak lalu untuk makan selain bubur. Sudah beberapa hari ini, tiap2 petang saya akan membeli bubur ayam di blok asrama. Namun, sebab hari masih pagi sudah tentu mereka belum mula menjual. Dan nasib kurang baik bubur McD tiada dan akhirnya saya hanya membeli bakso.

Semoga esok lebih sihat dan ceria kerana esok adalah kelas pertama saya bagi subjek Forest Resource Inventory and Analysis. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.

*kawan saya beri petua untuk hilangkan sakit tekak. Bubuh sedikit garam dalam air suam, gaggle dan luahkan air tu. Tapi saya minum air tu..bijaksana sungguh…aisehh :P

Salam ceria,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

Semester Baru

Assalamualaikum wbt,

Sudah agak lama tidak menulis sesuatu disini. Ucapan selamat tahun baru 2011 jugak saya tidak ucapkan disini. Sibukkah? Tidak harus menjawab ya kerana jawapan yang sebenar ialah agak malas untuk menulis sesuatu. 3 hari sudah berlalu di tahun 2011, rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2011, semoga dikurniakan kesihatan, kejayaan, kekayaan dan keharmonian dalam setiap hubungan yang terjalin.

Alhamdulillah, 3 hari pertama ditahun baru ini merupakan permulaan yang agak baik bagi saya. Moga berkekalan sepanjang tahun ini. Walaupun pada 1 januari 2011, saya demam dan agak tidak bersemangat untuk melakukan kerja namun something really good happen today. Alhamdulillah.

Hari kedua bermula dengan agak mencabar. Dengan keadaan kesihatan yang tidak berapa ok, saya perlu menunggu lebih kurang sejam baru la bas tiba. Kemudian, baru lebih kurang 20 minit perjalanan, bas rosak dan terpaksa la menunggu ditepi jalan kalau2 ada bas lain yang lalu. OMG, almost 1 hour jugak kena tunggu bas penyelamat sampai. Hati agak terbakar tapi harus bersabar la kan? –> terus membuat muka cool seolah-olah tidak marah dengan kelewatan bas tersebut. But in contrast got a good new today. Kan adil tu, Allah beri kita hot + cool news = neutral ;P

Hari ketiga, mula semester baru. Sangat bersemangat jam 7.30 dah sampai fakulti. Buat perbincangan terakhir dengan supervisor berkaitan subjek yang akan diambil pada semester ini dan juga tolong wawa untuk setelkan beberapa perkara penting untuk sem ini. Alhamdulilah, semua berjalan lancar. But ended this day with not so good feeling. I’m sorry, i didnt mean it :(

Hopefully tomorrow will be better…

Regards,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

Mulakan Dengan Baik

Salam Maal Hijrah 1432H buat semua umat Islam di seluruh dunia, semoga hari pertama di tahun baru hijrah ini merupakan permulaan yang baik untuk melalui keseluruhan tahun ini. Semoga lebih bertambah keimanan, bertambah kejayaan, bertambah rezeki cuma jangan bertambah berat badan sudah (kepada yang kurus boleh la menambahkan berat badan :P )

Semenjak balik ke kampung, saya memang tidak sempat untuk mengupdate atau menulis sesuatu disini. Jari jemari terasa rindu pada keyboard ini namun timbunan kerja membataskan waktu sehingga perlu mementingkan apa yang penting dahulu. Tengahari ini berkesempatan menulis sesudah masak tengahari. Sangat ekspress kalah bas ekspress. Cuma masak ala-kadar dan yang mudah-mudah saja. Badan sudah penat dari 7 pagi di bengkel.

Dapat berehat sebentar pun alhamdulilah sementara menanti solat zohor.

Semenjak mak pulang ke kampung lebih kurang 4 hari ini terasa menggantikan tempat mak untuk menyiapkan segala-galanya. Memasak, membuat kuih, membeli barang, ke sana –kemari…..Sangat penat. Baru terasa penatnya menjadi Puan Suryati. Tambahan seorang ibu tunggal yang 100% tanggungjawab tergalas di bahu. Dengan karenah anak-anak (walaupun masing-masing dah besar panjang) dan pelbagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Tabahnya menjadi seorang ibu. Melihat kakak yang sedang mengandung tetapi dengan penuh sabar melayan anaknya yang demam dan sering menangis. Dengan kerja-kerja sekolah yang menimbun yang perlu disiapkan sebelum sekolah bermula. Kadang-kala terfikir mampukah saya menjadi ibu yang hebat? Membesarkan anak-anak dengan sepenuh perhatian, memasak sendiri, menguruskan rumah tangga sendiri dan  dalam masa yang sama punya kerjaya sendiri yang menuntut masa dan pengorbanan juga.

Saya tak mahu anak-anak saya membesar dengan didikan seorang pembantu rumah. Walaupun saya sangat malas memasak ( dan semestinya tidak pandai memasak) tetapi saya tidak mahu anak-anak saya membesar dengan makan di luar. Sekali sekala boleh la. Jadi saya perlu belajar menjadi seorang wanita yang hebat untuk mendapat keluarga yang hebat.

Tadi sempat menonton sebentar rancangan di TV3 yang dikendalikan Fetri . Tidak ingat pula tajuknya apa. Kisah terakhir berkenaan dengan seorang ibu yang dikurniakan anak-anak yang kurang upaya. Sangat menyayat hati. Tabahnya ibu tersebut membesarkan anak-anaknya dengan keadaan begitu. Walaupun keadaan yang serba kekurangan mereka sekeluarga tetap bersyukur dengan anugerah Allah ini. Ujian untuk menjadikan hambanya lebih dekat kepadanya. Begitu besar nikmat yang Allah berikan kepada kita. Melihat, mendengar, punya tangan dan kaki berbanding insan yang tidak berupaya.

Sempena tahun baru 1432H ini, marilah kita membuka lembaran hidup baru dengan penuh kesyukuran atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada kita.Mulakan segalanya dengan baik dengan harapan dipenghujung hidup kita nanti akan berakhir dengan baik-baik juga.

p/s : post ini lebih menyebelahi kaum ibu kerana saya sangat rindukan emak. Semoga selamat sampai khamis ini :)

p/p/s : apabila mak tak de, baru kelam kabut cari resepi buat kuih sebab ada order.Berkali-kali telefon mak. Sebelum ni, guna bancuhan yang mak buat je. Padan muka saya dan simah.

Salam Maal Hijrah,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

Bila Ia Datang

girl japan cartoon sad pictures, backgrounds and images

( ini bukan gmbr nak bunuh diri tau, gambar si comel sakura yang hampir sama comel dengan saya)

Kalau tiba-tiba dengar lagu yang sama berulang-ulang kali

Kalau tiba-tiba rasa tak mahu cakap dengan sesiapa

Kalau tiba-tiba rasa macam air mata mengalir kat pipi

Kalau tiba-tiba mula kemas bilik dengan bersemangat tanpa sebab

Kalau tiba-tiba rasa malas nak balas mesej orang

Kalau tiba-tiba rasa nak tidur walaupun tidak mengantuk

Kalau tiba-tiba rasa nak pindah tinggal kat Tokyo

Itu maknanya

Saya sedang dalam Mood Abg Pos Ofis yang suka moody

” Marahkan nyamuk kelambu di bakar”

Apa nak jadi la …Ish2, sila banyak istigfar insyaAllah akan lebih tenang.

  • Share/Bookmark

Makna Mimpi ~~

Berada di hujung minggu yang agak membosankan. Kerja masih banyak yang belum disiapkan tapi entahlah tak de jiwa untuk membuat segala kerja yang sudah tersedia menunggu untuk di siapkan. Kategori sangat terukkah diriku ini ?? Rasanya tidaklah teruk sangat, sebab apabila sy RAJIN memang sangat rajin segala kerja memang cepat je dapat disiapkan. Fokus akan jadi 100%. So apabila saya tidak ada MOOD saya lebih suka baca blog orang atau baca buku :)

Hari rabu yang lepas, sy ada bermimpi yang gigi saya patah. Bila saya terjaga, saya rasa macam ada tafsiran yang kurang enak berkenaan dengan mimpi ni. So saya pun terus buka laptop dan tanya pakcik google, hasil pencarian saya jumpa ada yang mengatakan mimpi gigi patah membawa maksud akan ada orang terdekat, saudara mara atau yang rapat dengan kita akan meninggal dunia. Agak menakutkan kehilangan orang2 yang kita sayang. Walaupun kita tahu, maut pasti akan datang pada setiap orang…termasuk orang-orang yang SANGAT kita sayang.

Apabila sy chatting dgn adik, sy pun cerita la tentang mimpi saya tu. Dia cakap jangan la percaya sangat pasal mimpi tu. Saya memang la tak percaya, tapi dah memang hobi kot cerita mimpi dekat orang..Hoho…

Tetapi pagi tadi sy menerima SMS dari seorang yang sangat penting dalam hidup saya ( kiranya orang terdekat la kan), bahawa ibunya telah kembali ke rahmatullah. Innalilahi wa inna ilaihirajiun. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Terus saya teringat mimpi saya..Ohh…mungkin secara kebetulan kan?

Semoga beliau juga terus tabah dan sabar dalam menghadapi ujian Allah ini. Banyakkan berdoa agar roh ibu sentiasa tenang di sana..InsyaAllah. Kepada semua, sy juga ingin berkongsikan sesuatu iaitu anda bolehlah melakukan solat hadiah buat orang yang telah meninggal dunia.

Solat Sunat Hadiah
1. Ianya dilakukan selepas jenazah dikebumikan
2. Ianya dilakukan berseorangan
3. Waktu Afdal antara Magrib ke Isyak malam pertama jenazah dikebumikan
4. Dilakukan sebanyak 2 rakaat
5. Niat “Ussali sunattan Hidayati rok-attaini adaan Aalilahi Taala”
Sahaja Aku solat sunat hadiah 2 rakaat kerana Allah Taala
6. Rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah, Baca Surah At-Takathur 1 kali, Surah Kursi 3 Kali dan surah Al Ikhlas 11 Kali
7. Rakaat Kedua selepas surah Al-Fatihah, Baca Surah At-Takathur 1 kali, Surah Kursi 3 Kali dan surah Al Ikhlas 11 Kali (Sama)
8. Selesai solat Berdoalah seperti berikut
Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku telah mendirikan solat ini, maka aku memohon padamu memberi ganjaran pahala solat ini kepada Allahyarham/mah “Nama bte Nama”.

Kelebihan melakukan solat hadiah ;

Diriwayatkan bahawa pada malam pertama mayat dikebumikan, sesungguhnya hebat benar suasana yang datang kepada mayat itu. Oleh kerana itu, sebagai menolong berdoa bagi yang telah pulang ke rahmatullah itu, dianjurkan bagi keluarga yang meninggal itu, agar melakukan sembahyang sunat Hadiah bagi si mayat. Semoga di dalam kuburnya, dia dikurniakan Allah kebaikan dan kebahagiaan yang sempurna dan menggembirakan.

Sekian.

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

Malam Puisi Rong

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Semoga sentiasa sihat, gembira dan bahagia walau di mana jua anda berada. Jika tidak sihat, carilah penawar untuk menjadi lebih sihat. Jika tidak gembira, wujudkanlah keadaan gembira seperti yang dimahukan. Jika tidak bahagia, jangan berhenti untuk terus mencari kebahagiaan itu.

Minggu lepas merupakan minggu yang agak sibuk bagi saya, jadi walaupun begitu banyak yang hendak dicoretkan di sini, namun yang pasti masa tidak mengizinkan. Agak sibuk dengan beberapa aktiviti dan final exam bagi semester ini. Tak sangka sudah hampir di penghujung semester 1. Bermakna jika mengikut sasaran saya, cuma tinggal 5 semester sahaja lagi yang perlu dihabiskan. Yeay !! Cepatnya masa berlalu, sudah semakin  hmpir di akhir tahun 2010.Owhh…maknanya sudah hampir untuk bertambah umur lagi setahun.. Tahun depan sudah berumur 26 tahun.

Beberapa hari ini, penat saya mencari “mood” untuk menyiapkan beberapa kerja lagi sebelum berakhirnya semester satu ini. Namun malangnya, saya tidak jumpa dimana RAJIN sedang bersembunyi. Owhh…Jadi mala mini saya telah mengubah program daripada menyiapkan kerja “sekolah” dengan join satu program anjuran Fakulti Bahasa Moden, UPM dengan kerjasama Berita Harian dan DBP iaitu Malam Puisi Riong – Puisi Merentas Ruang. Sungguh menarik dan sangat best !! Bersemangat betul saya menghayati malam puisi ini, jarang tau dapat kesempatan untuk join program sebegini. Pendeklamasi puisi juga dari orang-orang yang terkenal dalam bidang puisi ( Walaupun saya tidak kenal J, tapi mengikut kata emcee begitu la).

Walaupun saya tidak begitu mengetahui tentang puisi namun saya masih dapat memahami puisi yang disampaikan pada malam ini. Puisi yang disampaikan oleh Dato’ Prof Dr Hashim Yaacob (Naib Canselor UM 2003-2006) begitu menyentuh hati saya. Tentang nasihat seorang ayah dan nasihat seorang ibu dalam mendidik seorang anak. Walau setinggi mana pelajaran kita berbanding ibubapa kita, namun nasihat dan pandangan mereka adalah sentiasa lebih baik dari kita. Janganlah kita lupa pada jasa ibu bapa yang membesarkan kita. Puisi yang disampaikan oleh Sabri Yunus (pelakon komedi) yang disampaikan dalam dialek “ Kelantan” juga begitu menarik dan mengandungi begitu banyak nasihat berguna.

Hargailah bahasa kita !!

Sebelum berakhir tulisan kali ini, saya ingin memohon kepada ANDA semua yang menjumpai MOOD RAJIN saya, please give my address so that it can come back to me..I really need it before 15th November 2010.

p/s : Saya sedang diet ni. Sudah berjaya untuk 2hari, 12 hari lagi untuk habiskan fasa pertama. Doakan saya cepat kurus :P

*Latest picture with my nephew, Mohd Ikhwan Hasif

Ikhlas,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark