About Me
Nama saya Aminah Binti Md Saad.Pelajaran peringkat tinggi di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam jurusan Sains Hayat. Meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan ( Bioteknologi) di Universiti Sains Malaysia selama 3 tahun. Atas semangat yang tinggi, terus menyambung pengajian di peringkat Sarjana Keusahawanan Teknologi Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Dan kini telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PHD dalam bidang perhutanan di UPM, Serdang.
Mempunyai semangat yang tinggi dalam bidang keusahawanan dan bercita-cita menjadi seorang usahawan yang berjaya di Malaysia satu hari nanti. Sedang dalam perjalanan menjadi seorang usahawan berjaya. Kini sedang aktif menjalankan perniagaan Pokok Gaharu dan sedang membantu ibu dalam perniagaan Kuih Tradisionalnya. Selain itu, mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang internet dan pembacaan buku. Sedia dan sangat suka berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan dan sahabat yang berminat untuk berbincang berkaitan perniagaan atau sekadar menambah kenalan.
Takrifan berdasarkan tarikh lahir ( Dr Fadzilah Kamsah)
MAC
- Berpesonaliti menarik dan menawan.
- Mudah didampingi.
- Sangat pemalu dan pemendam rasa.
- Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
- Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
- Suka pada kedamaian.
- Sangat peka pada orang lain.
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
- Tidak cepat marah dan sangat amanah.
- Tahu membalas dan mengenang budi.
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
- Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
- Suka berangan-angan.
- Suka melancong.
- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
- Kelam kabut dalam memilih pasangan.
- Suka dengan hiasan rumahtangga.
- Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
- Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
- Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
Salam Perkenalan.








