Tahun Permulaan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga terus ceria, gembira dan bahagia melalui setiap detik kehidupan. Saya agak sibuk bagi semester ini kerana jadual kelas yang agak padat, dan yang pasti bebanan kerja juga bertambah. Namun untuk berjaya dan mencari ilmu, pasti inilah harga yang perlu saya bayar kan?? Namun alhamdulilah setakat ini saya mampu menjalaninya dengan penuh semangat.
Gembira sebelum berjaya. Ya, saya pernah menulis berkenaan hal ini pada tahun lepas iaitu kita perlu sentiasa gembira dan menikmati setiap detik perjalanan kita menuju kejayaan dengan rasa yang gembira bukanlah stress, moody dan marah. Apabila hati gembira, setiap langkah kerja yang diatur menjadi lebih lancar, hubungan dengan orang disekitar juga bertambah baik dan seterusnya memudahkan setiap kerja yang ingin dilakukan.
Saya yakin tahun 2011 adalah tahun kejayaan saya, keluarga dan juga orang tersayang. Dan saya yakin ia tahun kejayaan anda juga jika anda percaya ia tahun kejayaan anda. Anda perlu yakin dengan bersungguh-sungguh dan membayangkan kejayaan yang akan anda raih pada tahun ini, insyaAllah ia akan menjadi kenyataan. Namun, sebagai hambanya yang penuh kekurangan dan kelemahan, banyakkan berdoa, memohon pertolongan dan memperbanyakkan sedekah agar kehidupan kita memperoleh kesejahteraan bukan setakat di dunia malahan hingga akhirat yang kekal abadi.
Bermula tahun lepas, saya sering berkata kepada orang-orang sekeliling saya bahawa saya yakin tahun 2011 adalah tahun permulaan kepada kejayaan saya baik dalam bidang pelajaran mahupun perniagaan. Sehinggakan ada yang dah naik bosan mendengarkan. Saya mohon maaf sebab terlampau excited sehingga tercakap berkali-kali. Haha. Sebenarnya, saya cuba mengaplikasikan “law of attraction”. Jadi saya perlu sentiasa bercakap berkenaan hal ini supaya akan wujud keyakinan yang mantap bahawa 2011 adalah tahun permulaan kejayaan saya. Jika dapat membayangkan secara lebih jelas setiap details kejayaan yang akan kita raih, maka ia adalah proses penarikan yang lebih kuat. Minda bawah sedar akan berusaha keras merealisasikan setiap kejayaan yang dibayangkan kerana keseluruhan diri yakin bahawa ia mampu dicapai.
Wah, macam penerangan dalam buku teks pula. Haha. Sebenarnya saya juga tidak pasti bagaimana hebatnya minda bawah sedar berperanan namun saya yakin setiap usaha yang dilakukan tanpa jemu dengan doa yang berpanjangan akan dimakbulkan oleh Allah. Sama ada lambat atau cepat. Dan yakin semuanya telah dirancang baik oleh Allah SWT, pasti ada hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita.
Januari ini iaitu bulan pertama di tahun 2011, saya rasakan perasaan yakin berjaya sy semakin kuat. Haha. Walaupun dipenuhi dengan pelbagai cabaran, namun saya dapat rasanya Allah mempermudahkan begitu banyak urusan kehidupan saya. Alhamdulilah. Walaupun perlu memantau dan memberi sokongan pada perniagaan ibu, namun saya masih tidak mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. Mungkin orang berkata saya asyik pulang ke rumah kerana “homesick”, owhh please la, saya sendiri sejak bergelar mahasiswa sangat la busy dengan pelbagai aktiviti sehingga selalu tidak berkesempatan untuk pulang ke rumah. Sehinggakan ibu saya kata macam anaknya belajar di luar negara sehinggakan susah sangat ingin pulang bercuti. Alhamdulilah, kini saya diberi kesempatan masa dan tenaga untuk berbakti kepada ibu tersayang. Saya yakin perniagaan ibu juga akan berkembang maju dengan setiap usaha yang diberikan, saya yakin Allah akan bantu kami.
Perniagaan gaharu saya juga berjalan lancar walaupun masih begitu banyak usaha yang perlu dicurahkan.Saya tetap gembira dengan setiap langkah telah saya atur. Ya, semuanya perlukan kesabaran. Ya, semuanya kerana sokongan orang-orang sekeliling. Saya bangga ada orang-orang hebat disekeling sy. Kerana anda hebat, saya juga menjadi semakin HEBAT. Jika lebih ramai yang menganggap saya ni dengan pelbagai andaian yang tidak-tidak ( tidak harus dipaparkan disini agar tidak mencemar semangat diri), ya teruskan. Tapi nasihat saya, lebih baik jangan membuang tenaga tersebut yang sepatutnya kita peruntukkan untuk kejayaan diri sendiri.
Semoga tahun ini permulaan kejayaan bagi kejayaan yang lebih besar lagi !!
Ikhlas,
Aminah Saad







