Kesakitan Penghapus Dosa

Assalamualaikum wbt,

Hari ini sudah masuk hari kesepuluh di tahun 2011, bagaimanakah pencapaian untuk permulaan tahun 2011 ini? Jangan gusar jika permulaan tahun baru ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Harungi segalanya dengan penuh semangat dan keyakinan bahawa hari yang akan datang pasti membawa lebih kebahagiaan dan kejayaan.

Saya juga begitu. Kejap sihat, dan kejap kurang sihat. Mood juga turun naik. Biasalah tu kan, kita manusia biasa pasti tidak dapat lari daripada pelbagai emosi yang dianugerahkan oleh Allah. Namun, cara mengatasi dan mengawal emosi yang perlu dipelajari dan dipraktikkan. Part ini memang saya akui saya sangat lemah, mudah membuat keputusan yang tidak-tidak apabila emosi tidak terkawal.

Kenapa Allah anugerahkan kita sakit dan pelbagai lagi dugaan??

Jika hidup kita sentiasa indah seperti cahaya sang mentari, mungkin kita tidak mampu lagi untuk mensyukuri segala pemberiaanNya kepada kita. Kita sudah ada segalanya sehingga kita terlupa pada satu keadaan yang bernama “kemiskinan” “kelaparan” “kegagalan” dan juga “kesakitan”. Manusia akan menjadi bongkak apabila tidak diuji. Jadi bersyukurlah apabila diuji kerana Allah sayangkan kita, dia tidak mahu kita tersasar jauh dari landasan kehidupan yang matlamatnya akhirat nanti.

Sakit itu memang hanya akan sakit jika kita tidak mengambil ikhtibar atas kurniaan kesakitan itu. Jika kita fikirkan secara positif dan yakin sakit yang datang sebagai cara Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil kita maka kita akan lebih bersyukur. Indahnya disebalik kesakitan.

Hari ini seawal pagi saya sudah tidak larat dan tidak bersemangat untuk ke fakulti. Seluruh badan rasa sakit-sakit, dan rasa seram sejuk. Tekak sudah terasa perit kerana batuk. Owhh…inilah ujian Allah untuk saya. Moga-moga ia sebagai tanda Allah ingin menghapuskan dosa-dosa kecil saya. InsyaAllah. Selepas ke klinik, saya terus menuju ke McD untuk membeli bubur ayam kerana tekak terasa tidak lalu untuk makan selain bubur. Sudah beberapa hari ini, tiap2 petang saya akan membeli bubur ayam di blok asrama. Namun, sebab hari masih pagi sudah tentu mereka belum mula menjual. Dan nasib kurang baik bubur McD tiada dan akhirnya saya hanya membeli bakso.

Semoga esok lebih sihat dan ceria kerana esok adalah kelas pertama saya bagi subjek Forest Resource Inventory and Analysis. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.

*kawan saya beri petua untuk hilangkan sakit tekak. Bubuh sedikit garam dalam air suam, gaggle dan luahkan air tu. Tapi saya minum air tu..bijaksana sungguh…aisehh :P

Salam ceria,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

2 Responses to “Kesakitan Penghapus Dosa”

  1. Sakit tekak says:

    adush…sakit…terminum pulak..

  2. admin says:

    Tu la petua sapa la tu ye ?? Isk 2…lain kali sila bagi direction dengan jelas…Hahaha

Leave a Reply