Seorang Pelajar PHD

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semoga sihat dalam menjalani kehidupan seharian. Saya juga alhamdulillah sihat cuma sejak akhir-akhir ini sangat malas untuk membaca (berkaitan studi sy ye., baca blog mmg rajin..hehe). Blog ini juga setelah sekian lamanya tidak dijengok apatah lagi diupdate hari ni baru terbuka hati nak menulis sesuatu semula. Ya, saya perlu menulis disini agar menjadi kenangan terindah untuk saya kenang apabila sy sudah berjaya mengharungi saat-saat getir sebagai seorang pelajar phd.

Cabaran utama saya sebagai seorang pelajar phd ialah nak cari mood untuk studi + research :)

Memang bagi sy ini cabaran yang sangat besar. Dengan kawan2 sudah bekerja pasti punya topik yang sangat berbeza untuk dibincangkan apabila bertemu. Dengan keadaan saya tinggal di Kolej, memang rasa macam belum berusia 27 tahun. Mungkin saya dah bosan kot dengan kehidupan di asrama. Sejak tingkatan 1, matrik, degree, master dan kini phd saya masih juga tinggal di kolej. Pada awalnya saya memang tidak berhasrat langsung untuk tinggal di kolej namun pada awal dulu saya tidak dapat mencari rumah sewa yang bersesuaian jadi saya terima je la hakikat untuk tinggal di kolej. Sedar tak sedar sudah 3 semester saya disini. Cepat sungguh masa berlalu kan??

Tak sangka saya yang dulunya suka tidur dalam kelas, ponteng kelas waktu degree dan macam2 lagi kemalasan saya tapi kini dah pun berada di semester 3 untuk peringkat PHD. Memang tak sangka. Saya kena hargai detik2 akhir bergelar seorang pelajar. Inilah perkara yang paling indah untuk kita ceritakan kepada anak cucu akan datang supaya mereka lebih bersemangat untuk terus mengejar ilmu.

” Tengok nenek tu walaupun dia selalu tidur dalam kelas waktu subjek fizik dan add math tapi smpi phd jugak dia kan..” – kata cucu.

Cucu2,

Sila jangan contohi nenek part yang tidur dalam kelas tu tau :P

Seorang kawan saya cakap, at least kita buat sesuatu untuk research kita walaupun sedikit tetapi dilakukan setiap hari. Jadi momentum kita takdelah jatuh merudum dum dum sehingga nak start semula macam gila liat. Sehingga sampai satu tahap saya rasa ngeri gile nak jumpa supervisor sebab tak de progress apa walaupun dah xjumpa dia 2 bulan. Woohhooo, supervisor saya xdelah marah, cuma sy rasa malu gila jadi student dia yang paling malas…Lagi satu cabaran bagi saya ialah inilah masanya kita nak uruskan 100% perancangan kita. Maksud saya, segala perancangan kajian kita yang perlu bertanggungjawab. Kalau kita malas nak buat, xde sape pun nak marah. Kalau rasa nak spend your whole life buat phd go on…Maksudnya disini kita tanggung la sndri kemalasan diri tu.

Waktu dulu, kalo tak siap assignment dapat markah sikit pastu akan effect pada pointer. Ada exam bagai so ada la motivation sket nak kena studi on this on that. Dan sume ada time line yang kalo buat derk mmg mengharapkan repeat paper. Mau?? Skrg pun ada timeline jugak, tapi sendiri pantau, sendiri buat, sendiri report …Pastu bila malas buat2 adjust timeline jadi lambat sket. Hmmm…So phd is about manage your time wisely. Its not about getting your scroll but what you get along this journey.

Pada saya perkara yang paling buat saya stress ialah sebab saya malas belajar. Hahaaha…

Jadi macam mana nak kekalkan semangat untuk belajar, semangat terhadap research…?

1) Tetapkan matlamat yang jelas kenapa pentingnya anda menghabiskan kajian ini dengan jayanya..

2) Tak payah nak bandingkan sangat diri kita dengan orang lain. Tengok orang hebat studi kat libary 8am-5pm, pastu sambung stay up sampai kul 3am. Memang serius kagum. Tapi keupayaan diri masing-masing berbeza. Tak payah nak tmbh bebanan pada diri yang dah cukup banyak. Just be yourself.

3) Banyak2 berdoa moga Allah tenangkan hati dan jauhkan dari keserabutan agar dapat fokus setiap kerja yang dibuat. Banyakkan solat sunat dan baca Al-quran agar hati lebih bersih.

4) Jaga pemakanan yang seimbang. Jangan asyik ber”fastfood” je…

5) Kalau orang lain dah bergerak jauh gila dari segenap aspek kehidupan dia, jangan la kesal. Itu rezeki masing-masing. Tak perlu terlalu compare kita dengan orang yang dah sangat berjaya. We have our own life. Allah plan the BEST for us. Latar belakang setiap kita berbeza dan takdelah pelik sangat jika outputnya pun berbeza. Kadang-kala kita jadi stress bila tengok orang dah berjaya dengan kehidupannya sedangkan kita masih tahap bertatih dalam membina kehidupan yang baik. Kita jadi stress dan mulalh fikir kenapa nasib kita tak sebaik orang itu. STOP thinking like that. We are different people with different path. Just go with the flow.

Ok, sekarang saya perlu fokus pada apa yang saya telah rancang untuk 2012 ni. No turning back :)

  • Share/Bookmark

Tomorrow Is A New Day

Forget everythings that happen today.

Tomorrow is always a new day. New spirit. New determination. New Me :)

Hari ni lepas waktu ofis, terus ke Mines. Pergi cari anti-virus sebab risaukan kesihatan laptop kesayangan ni. Ohh, motif utama ialah release tension kononnya. Hari ni fikiran agak serabut sket, eh bukan sikit banyak jugaklah..Saya tak suka perasaan macam ni sebab buat keje tak efektif. So kena recover dengan cepat dan bersemangat semula.So jalan sampai penat gile dan kaki sakit. Kesian roomate kesayangan terpaksa ikut sy. Btw, terima kasih sebab temankan saya. Rasa lebih OK sekarang. Esok banyak lagi keje yang menanti :)

Kan sy kata, saya manusia biasa. Mesti ada up and down. Kadang-kadang sesuatu yang tak pernah kita sangkakan berlaku dalam hidup kita. Kita berharap perjalanan hidup kita sentiasa berjalan lancar, tapi Allah Maha Mengetahui dia telah sediakan satu jalan yang sesuai untuk kita. Mungkin ada selok belok di sana sini, tapi tanpa kita tahu itu adalah satu pelajaran baru untuk kita. Ya, satu pelajaran yang tidak boleh dipelajari di Universiti atau sekolah.

Ohh, sambung tentang cerita ke Mines hari ni. Tadi tak de mood sangat nak beli barang, tengok2 je entahlah macam tak de yang berkenan di hati. Tak berkenan ke xde budget?? Haha…Tapi sebelum balik, singgah satu kedai ni, hati terpikat pada satu cap pink yang sangat comel…Sangat pengubat hati untuk hari ni. Rasa best sangat dapat beli cap tadi. Lega !!

Kenapa sy tak boleh login ke akaun blogger. Saya pun tak tahu apa masalahnya. Dah beberapa hari nak login tapi tak boleh. masalah security ape ntah. Adusss,

Ok lah, saya tak tahu nak tulis apa dah. Actually memang tak de topik menarik pun nak ditulis. Sekadar meluahkan perasaan. Haha.

Ikhlas,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

Tolong Ingatkan Aku

Kadang-kala apa yang kita rasa betul, tak semestinya betul pada pandangan orang lain.

Kadang-kala tindakan yang kita rasa betul, menyakitkan hati orang lain.

Saya akui saya juga manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Saya mohon maaf andai ada tindakan saya yang tak wajar saya lakukan sehingga menyebabkan ada insan lain yang sakit hati atau berkecil hati.

Dari setiap tindakan pasti ada sebab disebaliknya. Kita tak lakukan sesuatu tanpa apa-apa sebab. Pasti ada sebab musabab di sebalik setiap tindakan kita. Namun tidak semua orang tahu apakah yang berlaku disebalik tindakan tersebut. Ayat yang memeningkan kepala saya sendiri. Haha.

Saya tak pernah menyalahkan orang lain kerana salah faham dengan tindakan saya. Sebab baginya mungkin tindakan saya salah, tapi saya sendiri tidak menyedari dari sudut manakah tindakan saya itu salah. Namun, saya terima segala teguran dengan hati yang terbuka. Semoga pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang saya lakukan. Saya perlu belajar dari kesilapan yang telah saya lakukan. Saya mohon maaf ye.

Kalau boleh saya nak gembirakan hati semua orang, tapi saya tak mampu buat macam tu. Saya bukan orang yang sempurna, percakapan harian pun sering menyakitkan hati orang. Maafkan saya. Mungkin saya perlu jadi orang yang lebih pendiam…Cakap apa yang perlu.. Ohhh…boleh tak saya begitu ya??

Saya pun tidak ingin menulis panjang. Entahlah, rasa lebih lega menulis disini walaupun sedikit.. Lagi setengah jam saya ada presentation. Harap2 boleh present dengan baik…Please be cool right now !!

Kalau saya bersalah kepada sesiapa pun, saya mohon maaf. Kalau saya tersasar dan tersilap, tolong ingatkan saya.

Ikhlas,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

Bila Otak Beku

Salam ceria buat semua,

Nampaknya, tahun ini saya semakin malas untuk menulis di sini. Mungkin sibuk berangkali membuatkan diri membataskan kepada perkara-perkara yang penting sahaja. Iye ke ni? Macam tak percaya kan saya begitu. Rajin la kononnya. Haha. ( Sebenarnya nak cover line konon busy sangat sampai tak sempat nak posting something~~)

Minggu lepas ketika cuti tahun baru cina, saya ke Dabong, kelantan dan juga Pasir Raja, Terengganu bagi sesi lawatan tapak kajian saya. First time sampai ke Terengganu, owh..nasib baik tak buat muka jakun gila. Btw, next time kena datang lagi ke Terengganu sebab tak sempat untuk jalan-jalan hari tu kerana masa yang agak pack. Hanya sempat round2 sekejap je.

Aduh, nak tulis posting yang sikit ni pun ha berkurun nak siapkan. Satu ayat, satu ayat..serius sangat tak de idea..Cuba bayangkan nak membaca dan menulis literature review yang punya la serius bagai topik. Muka harus serius sambil konon-konon fokus membaca sedangkan fikiran melayang entah ke mana…Haha..Sy dapat rasanya agak stress untuk semester ni, cuba nak jadi cool tapi tak jadi..Huh!!

Bulan Feb ni banyak betul program, rasa kalo boleh buat jurus pembahagi bayang naruto dah lama buat..

Ohh..tiba-tiba teringat zaman di USM dulu saya sangat gila anime okeh. Tapi sekarang, insaf barangkali no more anime. Lagipun dah dewasa sekarang, harus lebih matang..Kononnya la :)

Semalam saya ke UIA untuk program Research Invention & Innovation. Saya tidak terlibat namun hadir bagi menyertai syarikat Kayu Gaharu Sdn Bhd yang terlibat dalam pameran disitu. Sambil itu, saya mengambil peluang untuk meninjau-ninjau pameran lain juga termasuk ke bahagian pertandingan kajian penyelidikan UIA. Sedang saya bergerak dari satu poster ke satu poster, sy ternmpk seseorang yang agak familiar, but seriously i forgot her name already. Sy cuma recall balik namun gagal. Saya cuba call kawan sy untuk tanya nama kawan saya tu, namun tidak dapat dihubungi. Tak boleh jadi ni, sy kena juga jumpa nak tanya dia walaupun waktu tu saya lihat dia sedang sibuk berbicara dengan beberapa orang lain. Mungkin berkenaan kajian yang dijalankan.

Segera saya ke arah beliau. Agak cuak juga takut salah orang. Saya pun tegur dan dia memang tidak ingat saya langsung. Saya tanya namanya, dah SAH dia memang kawan yang dimaksudkan. Kami satu praktikal di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis pada tahun 2006. Mungkin saya sekarang sungguh gemuk sehingga kawan saya pun tidak cam ..aduh, sedih !! Actually, kami kenal pun cuma untuk masa sebulan tapi sangat close.

Aik, dh terpanjang pulak entri kali ini. Bila otak beku, sila tulis panjang-panjang :P
Ikhlas,
Aminah Saad
  • Share/Bookmark

Hutan Simpan Lentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah agak lama tidak menulis sesuatu di sini. Saya baru pulang dari trip ke Hutan Simpan Lentang, Bentong bagi membantu proses mengumpul data pelajar master dan degree. Walaupun projek ini tiada kaitan langsung dengan projek yang saya akan buat, namun saya rasa sangat gembira dapat menyertai kumpulan ini. Ia satu pengalaman yang sungguh menarik dan tidak mungkin dilupakan :)

Sy tidak berniat untuk menulis panjang pada entri kali ini, cuma ingin merakamkan jutaan terima kasih buat Team Renjer Bentong yang banyak membantu sepanjang proses mengambil data ini. You all sangat best !!

Sebahagian team yang terlibat :)
Gambar pokok-pokok di Hutan Simpan Lentang
Sekadar sedikit perkongsian gambar. Jumpa lagi :)
Ikhlas,
Aminah Saad
  • Share/Bookmark

Tahun Permulaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga terus ceria, gembira dan bahagia melalui setiap detik kehidupan. Saya agak sibuk bagi semester ini kerana jadual kelas yang agak padat, dan yang pasti bebanan kerja juga bertambah. Namun untuk berjaya dan mencari ilmu, pasti inilah harga yang perlu saya bayar kan?? Namun alhamdulilah setakat ini saya mampu menjalaninya dengan penuh semangat.

Gembira sebelum berjaya. Ya, saya pernah menulis berkenaan hal ini pada tahun lepas iaitu kita perlu sentiasa gembira dan menikmati setiap detik perjalanan kita menuju kejayaan dengan rasa yang gembira bukanlah stress, moody dan marah. Apabila hati gembira, setiap langkah kerja yang diatur menjadi lebih lancar, hubungan dengan orang disekitar juga bertambah baik dan seterusnya memudahkan setiap kerja yang ingin dilakukan.

Saya yakin tahun 2011 adalah tahun kejayaan saya, keluarga dan juga orang tersayang. Dan saya yakin ia tahun kejayaan anda juga jika anda percaya ia tahun kejayaan anda. Anda perlu yakin dengan bersungguh-sungguh dan membayangkan kejayaan yang akan anda raih pada tahun ini, insyaAllah ia akan menjadi kenyataan. Namun, sebagai hambanya yang penuh kekurangan dan kelemahan, banyakkan berdoa, memohon pertolongan dan memperbanyakkan sedekah agar kehidupan kita memperoleh kesejahteraan bukan setakat di dunia malahan hingga akhirat yang kekal abadi.

Bermula tahun lepas, saya sering berkata kepada orang-orang sekeliling saya bahawa saya yakin tahun 2011 adalah tahun permulaan kepada kejayaan saya baik dalam bidang pelajaran mahupun perniagaan. Sehinggakan ada yang dah naik bosan mendengarkan. Saya mohon maaf sebab terlampau excited sehingga tercakap berkali-kali. Haha. Sebenarnya, saya cuba mengaplikasikan “law of attraction”. Jadi saya perlu sentiasa bercakap berkenaan hal ini supaya akan wujud keyakinan yang mantap bahawa 2011 adalah tahun permulaan kejayaan saya. Jika dapat membayangkan secara lebih jelas setiap details kejayaan yang akan kita raih, maka ia adalah proses penarikan yang lebih kuat. Minda bawah sedar akan berusaha keras merealisasikan setiap kejayaan yang dibayangkan kerana keseluruhan diri yakin bahawa ia mampu dicapai.

Wah, macam penerangan dalam buku teks pula. Haha. Sebenarnya saya juga tidak pasti bagaimana hebatnya minda bawah sedar berperanan namun saya yakin setiap usaha yang dilakukan tanpa jemu dengan doa yang berpanjangan akan dimakbulkan oleh Allah. Sama ada lambat atau cepat. Dan yakin semuanya telah dirancang baik oleh Allah SWT, pasti ada hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita.

Januari ini iaitu bulan pertama di tahun 2011, saya rasakan perasaan yakin berjaya sy semakin kuat. Haha. Walaupun dipenuhi dengan pelbagai cabaran, namun saya dapat rasanya Allah mempermudahkan begitu banyak urusan kehidupan saya. Alhamdulilah. Walaupun perlu memantau dan memberi sokongan pada perniagaan ibu, namun saya masih tidak mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. Mungkin orang berkata saya asyik pulang ke rumah kerana “homesick”, owhh please la, saya sendiri sejak bergelar mahasiswa sangat la busy dengan pelbagai aktiviti sehingga selalu tidak berkesempatan untuk pulang ke rumah. Sehinggakan ibu saya kata macam anaknya belajar di luar negara sehinggakan susah sangat ingin pulang bercuti. Alhamdulilah, kini saya diberi kesempatan masa dan tenaga untuk berbakti kepada ibu tersayang. Saya yakin perniagaan ibu juga akan berkembang maju dengan setiap usaha yang diberikan, saya yakin Allah akan bantu kami.

Perniagaan gaharu saya juga berjalan lancar walaupun masih begitu banyak usaha yang perlu dicurahkan.Saya tetap gembira dengan setiap langkah telah saya atur. Ya, semuanya perlukan kesabaran. Ya, semuanya kerana sokongan orang-orang sekeliling. Saya bangga ada orang-orang hebat disekeling sy. Kerana anda hebat, saya juga menjadi semakin HEBAT. Jika lebih ramai yang menganggap saya ni dengan pelbagai andaian yang tidak-tidak ( tidak harus dipaparkan disini agar tidak mencemar semangat diri), ya teruskan. Tapi nasihat saya, lebih baik jangan membuang tenaga tersebut yang sepatutnya kita peruntukkan untuk kejayaan diri sendiri.

Semoga tahun ini permulaan kejayaan bagi kejayaan yang lebih besar lagi !!

Ikhlas,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

Kesakitan Penghapus Dosa

Assalamualaikum wbt,

Hari ini sudah masuk hari kesepuluh di tahun 2011, bagaimanakah pencapaian untuk permulaan tahun 2011 ini? Jangan gusar jika permulaan tahun baru ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Harungi segalanya dengan penuh semangat dan keyakinan bahawa hari yang akan datang pasti membawa lebih kebahagiaan dan kejayaan.

Saya juga begitu. Kejap sihat, dan kejap kurang sihat. Mood juga turun naik. Biasalah tu kan, kita manusia biasa pasti tidak dapat lari daripada pelbagai emosi yang dianugerahkan oleh Allah. Namun, cara mengatasi dan mengawal emosi yang perlu dipelajari dan dipraktikkan. Part ini memang saya akui saya sangat lemah, mudah membuat keputusan yang tidak-tidak apabila emosi tidak terkawal.

Kenapa Allah anugerahkan kita sakit dan pelbagai lagi dugaan??

Jika hidup kita sentiasa indah seperti cahaya sang mentari, mungkin kita tidak mampu lagi untuk mensyukuri segala pemberiaanNya kepada kita. Kita sudah ada segalanya sehingga kita terlupa pada satu keadaan yang bernama “kemiskinan” “kelaparan” “kegagalan” dan juga “kesakitan”. Manusia akan menjadi bongkak apabila tidak diuji. Jadi bersyukurlah apabila diuji kerana Allah sayangkan kita, dia tidak mahu kita tersasar jauh dari landasan kehidupan yang matlamatnya akhirat nanti.

Sakit itu memang hanya akan sakit jika kita tidak mengambil ikhtibar atas kurniaan kesakitan itu. Jika kita fikirkan secara positif dan yakin sakit yang datang sebagai cara Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil kita maka kita akan lebih bersyukur. Indahnya disebalik kesakitan.

Hari ini seawal pagi saya sudah tidak larat dan tidak bersemangat untuk ke fakulti. Seluruh badan rasa sakit-sakit, dan rasa seram sejuk. Tekak sudah terasa perit kerana batuk. Owhh…inilah ujian Allah untuk saya. Moga-moga ia sebagai tanda Allah ingin menghapuskan dosa-dosa kecil saya. InsyaAllah. Selepas ke klinik, saya terus menuju ke McD untuk membeli bubur ayam kerana tekak terasa tidak lalu untuk makan selain bubur. Sudah beberapa hari ini, tiap2 petang saya akan membeli bubur ayam di blok asrama. Namun, sebab hari masih pagi sudah tentu mereka belum mula menjual. Dan nasib kurang baik bubur McD tiada dan akhirnya saya hanya membeli bakso.

Semoga esok lebih sihat dan ceria kerana esok adalah kelas pertama saya bagi subjek Forest Resource Inventory and Analysis. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.

*kawan saya beri petua untuk hilangkan sakit tekak. Bubuh sedikit garam dalam air suam, gaggle dan luahkan air tu. Tapi saya minum air tu..bijaksana sungguh…aisehh :P

Salam ceria,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

Semester Baru

Assalamualaikum wbt,

Sudah agak lama tidak menulis sesuatu disini. Ucapan selamat tahun baru 2011 jugak saya tidak ucapkan disini. Sibukkah? Tidak harus menjawab ya kerana jawapan yang sebenar ialah agak malas untuk menulis sesuatu. 3 hari sudah berlalu di tahun 2011, rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2011, semoga dikurniakan kesihatan, kejayaan, kekayaan dan keharmonian dalam setiap hubungan yang terjalin.

Alhamdulillah, 3 hari pertama ditahun baru ini merupakan permulaan yang agak baik bagi saya. Moga berkekalan sepanjang tahun ini. Walaupun pada 1 januari 2011, saya demam dan agak tidak bersemangat untuk melakukan kerja namun something really good happen today. Alhamdulillah.

Hari kedua bermula dengan agak mencabar. Dengan keadaan kesihatan yang tidak berapa ok, saya perlu menunggu lebih kurang sejam baru la bas tiba. Kemudian, baru lebih kurang 20 minit perjalanan, bas rosak dan terpaksa la menunggu ditepi jalan kalau2 ada bas lain yang lalu. OMG, almost 1 hour jugak kena tunggu bas penyelamat sampai. Hati agak terbakar tapi harus bersabar la kan? –> terus membuat muka cool seolah-olah tidak marah dengan kelewatan bas tersebut. But in contrast got a good new today. Kan adil tu, Allah beri kita hot + cool news = neutral ;P

Hari ketiga, mula semester baru. Sangat bersemangat jam 7.30 dah sampai fakulti. Buat perbincangan terakhir dengan supervisor berkaitan subjek yang akan diambil pada semester ini dan juga tolong wawa untuk setelkan beberapa perkara penting untuk sem ini. Alhamdulilah, semua berjalan lancar. But ended this day with not so good feeling. I’m sorry, i didnt mean it :(

Hopefully tomorrow will be better…

Regards,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

Overpromised

Assalamualaikum wbt,

Menepati janji adalah faktor penting dalam membina kepercayaan. Ya, sangat penting. Bukan setakat dalam perhubungan sehari-harian, namun menepati janji sangat penting dalam membina jaringan perniagaan. Sekali kita memungkiri janji, adalah sangat susah untuk kita kembali membina kepercayaan pelanggan kepada kita.

Hubungan perniagaan dengan pelanggan.

Hubungan perniagaan dengan pembekal.

Hubungan perniagaan dengan pihak-pihak yang terlibat dengan perniagaan kita.

Dan yang paling penting,

Hubungan baik antara semua insan sama ada yang berkepentingan dalam perniagaan kita atau tidak.

Jika kita telah berjanji untuk menyiapkan sesuatu kerja pada masa tertentu, maka sila tepati masa itu. Jika ada sesuatu yang menghalang untuk kita menepati janji tersebut, sila maklumkan pada pelanggan anda berkenaan kelewatan anda. Jangan biarkan pelanggan anda terus menunggu dan memperuntukkan masa untuk bertemu anda sedangkan anda senang-senang kemudiannya membatalkan janji tersebut. Call mereka dan maklumkan. InsyaAllah, mereka anda memahami keadaan kita.

Sebagai contoh, pada hari ini saya ingin pergi melihat dummy kotak untuk projek ayam rooster abg saya. So sebelum ke tempat tersebut, saya call semula untuk confirmkan balik berkenaan janji temu tersebut. Sepatutnya janji temu tersebut adalah pada hari isnin, tetapi kerana gagal menghubungi pihak tersebut  jadi kami sepakat untuk datang pada hari ini memandangkan saya juga ingin balik ke UPM hari ini. Nombor telefon bimbit yang diberikan gagal dihubungi, jadi saya menelefon ke pejabat beliau. Masih tidak dapat bercakap dengan beliau dan penjawab telefon memberitahu bahawa bosnya akan menelefon saya semula.

Selang beberapa minit, beliau menghubungi saya kembali dan memberitahu masih sedang dalam proses untuk develop dummy kotak tersebut dan meminta saya untuk datang pada minggu hadapan. Jika beliau telah menelefon lebih awal berkenaan dengan hal ini, kan lebih baik. Bukan kami yang menyuruh beliau menyiapkan dalam masa seminggu, tapi beliau yang berjanji untuk menyiapkan dalam masa seminggu. Walaupun sudah terlewat 2 hari dari masa yang dijanjikan, beliau masih tidak dapat menyiapkan kerja tersebut.

Ini peringatan untuk saya juga, supaya biar kita memberikan masa yang lebih dari waktu yang kita perlukan. Contohnya, mengikut keupayaan kita kerja tersebut dapat disiapkan dalam masa 2 minggu, katakan kepada pelanggan tersebut bahawa berikan masa 16 hari untuk menyiapkan kerja tersebut. Jadi pelanggan akan bersedia untuk 16 hari. Tetapi jika kita “overpromised” akan memburukkan keadaan. Gara-gara hal hari ini, abang saya terus tawar hati untuk terus berurusan dengan pihak syarikat tersebut.

Begitu juga yang berlaku dengan tempahan signboard bengkel kuih mak saya, janji yang sentiasa berubah-ubah. Dan tiada inisiatif untuk memaklumkan kelewatan tersebut sehingga membuat kita tertunggu-tunggu.

Peringatan untuk kita semua,

Jangan overpromised OK?

Ikhlas,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark

Perancangan

Ali bin Abu Talib berkata,

” Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beramal seolah-olah kamu akan mati pada esok hari”

Tahun baru Islam sudah 10 hari berlalu, jika anda telah menyusun perancangan yang teliti untuk mengharungi setahun lagi, Tahniah diucapkan. Namun jika masih belum, tahun 2011 akan menggantikan 2010. Rancanglah selengkapnya perancangan anda untuk tahun yang akan tiba. Moga-moga dipermudahkan segala urusan dan anda akan mencapai segala juga yang telah anda rancangkan. Jika anda tidak rancang dari sekarang, mana mungkin anda menyusun langkah-langkah untuk merealisasikan segala yang anda impikan untuk tahun 2011.

Pastikan perancangan anda merangkumi keseluruhan aspek kehidupan yang sedang anda jalani. Pelajaran jika masih belajar, peningkatan karier jika sudah bekerjaya, mendirikan rumah tangga bagi jika belum berkahwin, dan 1001 lagi perancangan termasuklah perancangan untuk simpanan kewangan masa hadapan. Jangan menyesal dikemudian hari.

Walaupun anda telah merancang dengan teliti segala pelan perancangan anda, namun sandarkan segalanya kepada Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah SWT. Yang penting kita sudah memberikan sepenuh usaha ke arah merealisasikan apa jua yang kita mahukan untuk tahun hadapan.

Di bawah ini saya kongsikan doa dan juga zikir yang boleh diamalkan agar Allah mempermudahkan segala urusan yang telah kita rancangkan. InsyaAllah.

Doa

” Rabbana aatina fiddunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqina a’zabannar”

Ya Allah, Berikanlah kepada kami kebaikan hidup didunia dan juga kebaikan di akhirat kelak serta dijauhkan dari azab neraka.

Zikir

” Lahaula wala quuwata il la bil lahil ‘aliyilazim”

Tiada kuasa atas diriku melainkan dengan izin Allah Yang Maha Agung.

p/s : Tadi ke kedai buku Gramedia di Mines, sangat rambang mata sehingga terasa ingin membeli semua buku. Haruslah menjadi pemilik Gramedia. Akhirnya hanya membeli satu buku ” Jejak Bisnes Rasul” sebab kena berjimat dah nak buka sem :)

Ikhlas,

Aminah Saad

  • Share/Bookmark